Hijrah Simbol Pergerakan Ke Arah Perubahan

Assalamualaikum,

Di antara goresan sejarah yang sangat penting dalam perjalanan hidup Rasulullah saw adalah peristiwa hijrah Rasulullah saw dan sahabatnya dari kota Makkah ke kota Madinah. 

Dalam peristiwa tersebut, tergambar dengan begitu jelas keperibadian seorang manusia yang :

1. Begitu kukuh dalam memegang prinsip yang diyakini.

2. Teguh dalam mempertahankan aqidah.

3. Gigih dalam memperjuangkan kebenaran.

Sehingga sejarah pun dengan bangganya menorehkan tinta emasnya untuk mengenang peristiwa tersebut agar dapat dijadikan kayu ukur dalam pembangunan masyarakat yang :

1. Bersifat madani dan rabbani.

2. Tegak di atas kebaikan.

3. Tegas terhadap kekufuran.

4. Lemah lembut terhadap sesama muslim.

Pengertian Hijrah

Para ahli bahasa berbeza pendapat dalam memberi pengertian kalimat "hijrah" namun kesemuanya berkesimpulan bahwa hijrah adalah menghindari / menjauhi diri dari sesuatu, samada dengan fizikal, lisan dan hati.

Hijrah dengan fizikal bererti berpindah dari suatu tempat menuju tempat lain seperti firman Allah swt, 

"Dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka" (QS An-Nisa : 34).
 

Baca Selanjutnya...

 

Berterusan Melahirkan Prestasi Cemerlang

Assalamualaikum,

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya… ." (QS Al-Anfal : 60)

Betapa luasnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba- Nya. Nikmat-Nya tidak pernah bertepi.

Malam datang dengan segala keindahan, gelap pun memberikan ketenangan dan kesejukan. 

Pagi yang segar mengakhiri malam nan damai. Siang datang melambai, menawarkan harapan.

Begitulah perumpamaan sebuah dunia yang berputar dalam keadaan silih berganti; siang menggantikan malam dan malam menggantikan siang. 

Waktu terus berlalu, mencatat prestasi dari generasi ke generasi.

Ada yang tetap istiqamah menelusuri jalan dakwah yang dipenuhi duri dan ranjau, sabar dengan terpaan asap dan debu-debu peradaban dunia.

Namun, tidak sedikit yang akhirnya duduk bersandar melepas keletihan seraya mulai memejam matanya terhadap ketidaklurusan akhlak manusia di persekitarannya.

Usahakan Untuk Memberi Sesuatu Yang Terbaik

Di antara ciri kekikiran yang mungkin melekat dalam hati hamba Allah adalah sedikit ketika mengeluarkan, tapi ingin banyak menerima. 

Mungkin sikap ini sesuai dengan suasana perniagaan sesama manusia namun ianya tidak layak jika ditujukan kepada perniagaan dengan Allah swt.

Kebodohan adalah perkara yang dominan yang menjadikan manusia berfikiran sempit terhadap soal perniagaan dengan Allah swt. 

Pandangannya terbatas hanya pada nilaian material dengan ruang lingkup duniawi yang sempit. 

Tidak hairan jika ada manusia yang merasa tidak perlu untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk perniagaan di jalan Allah.

Oleh itu tidak jarang pula kita menemui ruang lingkup infak dan sedekah sentiasa sahaja jatuh pada :

1. Bahagian yang tersisa.
2. Wang yang tergolong sebagai lebihan sahaja.
3. Barangan yang ternyata rosak dan mungkin tidak diperlukan lagi.
 

Baca Selanjutnya...

 

Hasad & Dengki

Assalamualaikum,

"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia. Semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman. 

1. Ada kebencian dalam hati. 

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.

Ada Pembangkangan Di Sebalik Dengki 

Jika diteliti sekilas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu. 

 

Baca Selanjutnya...

 

Sya'ban sudah tiba..ramadhan akan menjelma

Salam Sejahtera untuk semua, semoga kita sentiasa dirahmati dan dicintai oleh Allah setiap masa dan ketika. Sesungguhnya tiadalah nikmat dan rahmat sesorang hamba melainkan dicintai oleh Tuhannya, yang menandakan ianya bakal menerima keampunan dan ganjaran yang besar disisiNya.

Kita sudah beberapa hari menjejaki bulan Sya'ban, juga merupakan tanda yang kita semakin menghampiri Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh pencinta Allah, para solihin dan insan yang telah dengan rela menyerahkan seluruh kehidupan ini untuk sentiasa berada dibawah titah perintah Allah s.w.t dan mengharap hanya keredhaanNya dalam setiap perbuatan yang dilakukan setiap masa dan ketika. Insan yang merindui Ramadhan bukan sahaja bersedia untuk mengharungi  bulan yang mulia ini dengan persiapan hati dan jiwa serta mental dan fizikal, namun bersedia untuk memfokuskan seluruh keimanannya untuk meraih pengampunan, rahmah, kasih sayang dan berharap agar dihindarkan dari AZAB api neraka yang tidak terbayangkan keperitan dan kepanasannya.

Segala usaha ini akan menjadikan insan ini berbeza sama sekali segala tingkah kelakuannya, tutur katanya serta pengabdiannya jelas melalui peningkatan amalannya yang sama sekali berganda-ganda dari bulan-bulan yang lain. Bahkan ianya akan menjadikan manusia BARU yang akan melonjak dan meningkat yang akan berbeza dari sebelumnya. Inilah apa yang disebutkan dalam hadis-hadis baginda tentang Ramadhan dan saranan-saranan Rasulullah terhadap orang-orang yang beriman untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan yang berkah ini.

Marilah kita memulakan persiapan diri dan segalanya untuk menerima anugerah Allah kepada kita semua, agar ianya tidak akan berlalu percuma kerana kita belum tentu akan bakal menemuainya....Marilah Menghidupkan Ramadhan kerana Allah.

Wassalam. 

 

Risalah untuk Para Pemuda di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam kepada penghulu para nabi, nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan para sahabat seluruhnya, selanjutnya… semoga sepanjang tahun antum dalam keadaan baik, dengan datangnya bulan ramadhan yang penuh berkah, semoga Allah mengembalikan kita dan umat dengan kebaikan, anugerah dan berkah, dan telah terwujud cita-cita kita dalam meraih kebebasan, keadilan, kemerdekaan dan kejayaan dalam berdakwah, meraih kemenangan untuk syariat Islam dalam menghadapi kekuatan jahat, kejam, dzalim dan keji..amin.

Bahwa dunia dengan segala isinya bukan umat Islam sendiri, muncul melalui beberapa prinsip, dijaga oleh nilai-nilai, dan para penyeru tauhid pemelihara keadilan dan kebebasan, sungguh kedzaliman telah merajalela, kekacauan telah meluas, dan kekerasan, permusuhan dan kediktatoran telah menyebar, sementara kerusakan, asusila dan pengkebirian ketenangan dan keamanan telah kian banyak terjadi, sementara dunia seluruhnya memantau umat yang baru dan selalu baru, umat Al-Quran yang mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh penghambaan, berjalan mengikuti jejak langkah panutan yang dicintai Muhammad saw, menumbuhkan prinsip-prinsip dan akhlak yang mulia di dalam jiwa anak-anaknya.

Baca Selanjutnya...

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2
Laman ISK